Saturday, May 30, 2015

صلوا كما رأيتموني أصلي

بسم الله الرحمن الرحيم

نحمده ونصل ونسلم على رسوله ألكريم

dalam sekalian amal, solatlah yang paling utama dan yang paling awal akan ditanya, bila solat elok, maka ada harapan untuk amalan yang lain juga elok .
dan bila solat rosak, maka rosak lah sekalian amal


Realiti sekarang ini, mereka  yang mengerjakan solat hanyalah sedikit
apa yang menyedihkan lagi, dikalangan yang mengerjakan solat, ada yg beranggapan solat janji buat, solat hendak cepat selesai, buat pun sambil lewa, rukun dan kesempurnaannya tidak diberikan perhatian. Alasannya janji  dah solat, kat luar sana banyak lagi yang tak solat..

dah berusaha untuk solat tu dah bagus, cuma rukun dan kesempurnaan juga perlu diberi perhatian


Solat ni tak boleh nak menipu, sekalipun pandai petik dalil dan berhujah, akan tetapi jika solatnya  tomakninah tak jaga, i’tidal tangan berayun, bersahaja buat perkara makruh dlm solat, tak kan nak ikut jugak cara solat yang macam ni


Bukanlah nak mengalahkan mufti, bukan juga hendak mencari kesalahan orang yang bersolat,  tapi kalau dah jelas solat tak betul depan mata, langsung takde tertib, kena lah tegur dan betulkan..kalau tak betulkan,  nnt kt akhirat kena tuntut..nak terima atau tidak itu terpulang..


Dalam solat menjaga kesempurnaan rukun dan tertib tu penting, kalau tidak solat tidak sah, bukannya janji buat,


Suatu ketika ada seseorang yang masuk ke masjid, kemudian solat dua rakaat. Selesai solat, orang itu menghampiri Nabi (صلی الله علیه وسلم)  yang saat itu berada di masjid. Maka Nabi (صلی الله علیه وسلم) menyuruh orang ini untuk mengulangi solatnya. Setelah diulangi, orang ini balik lagi, dan disuruh mengulangi solatnya lagi. Ini berlangsung sampai 3 kali. kemudian Nabi (صلی الله علیه وسلم) mengajarkan kepadanya cara solat yang betul.


Juga dari Hazrat Khuzaifah (رضی الله عنه) bahwa beliau pernah melihat ada seorang yang tidak menyempurnakan rukuk dan sujud ketika solat, dan terlalu cepat. Setelah selesai solat, maka ditegur oleh Hazrat Khuzaifah (رضی الله عنه), “Sudah berapa lama kamu solat seperti ini?” Orang itu menjawab: “40 tahun.” Hazrat Khuzaifah (رضی الله عنه) mengatakan: “solatmu tidak dihitung selama 40 tahun.” (kerana solatnya batal). Hazrat Khuzaifah (رضی الله عنه) memberitahu lagi “Jika kamu mati dan dengan solatmu masih seperti ini, maka engkau mati bukan di atas fitrah (ajaran) Muhammad (صلی الله علیه وسلم).




Ada yang berkata, kalau macam tu memang tak jumpa la orang yang betul-betul jaga tertib dan kesempurnaan dalam solat. Memang tidak menghairankan pun jika golongan yang bersolat sebagaimana cara yang dilakukan oleh Nabi dan para sahabat itu hampir-hampir pupus dan susah nak jumpa. Sebaliknya, jika diperhatikan perbuatan solat yang seperti ini kat mana-mana tempat pun boleh jumpa.(jangan buat macam ni, rosak solat nanti):

-Daripada berjalan, tanpa qiam dahulu, terus sahaja takbiratul ihram
-Sambung nafas takbiratul ihram dengan awal doa iftitah dengan nafas yang sama
-menyambungkan antara ayat-ayat dalam al-fatihah, tapi baris huruf dihujung ayat tidak dibunyikan
-khusyuk sgt baca ayat quran sampai kepala turut sama bergoyang-goyang.
-Ruku’ dengan cepat, tiada tomakninah.
-I’tidal dengan cepat, tiada tomakninah
-Bangkit dari i’tidal tangan berayun-ayun.
-Ketika tangan masih berayun masa I’tidal, terus turun sujud (paling banyak)
-Beralih kaki ketika hendak turun sujud tanpa sebab.
-Pakai baju t-shirt lebih kurang paras pinggang, bila sujud, terbuka aurat.
-Sujud dengan cepat, tiada tomakninah.
-Semasa sujud, tiada bahagian dari perut anak-anak jari kedua kaki mengenai lantai
-Duduk antara dua sujud dengan cepat, tiada tomakninah.
..dan banyak lagi

Manakala antara perbuatan makruh pula yang paling kerap dilakukan..

-Berdiri qiam, jari kaki terkepak keluar, tidak menghadap kearah kiblat.
-Angkat tangan ketika takbiratul ihram, tetapi tapak tangan tidak menghadap kearah kiblat, menghala ketempat lain.
-Nak turun sujud, menyinsingkan kain atau seluar (paling banyak)
-Sujud, jari tangan kembang.
-Duduk antara dua sujud, jari tangan kembang.
-Beri salam tapi bukan pandang bahu, sebaliknya pandang ketempat lain (dinding, makmum sebelah..)
..dan banyak lagi.

Hakikatnya solat hanya akan betul apabila belajar dengan mereka yang betul-betul bersanad. Sebagai contoh sunat mengangkat tangan ketika hendak bangkit dari ruku’ kepada i’tidal. Maka disini guru yang bersanad akan menunjukkan bahawa mengangkat kedua tangan itu serentak dengan mengangkat kepala semasa i'tidal (ada dinyatakan oleh Syeikh Daud Fathoni dalam Munyatul Musolli), bukannya bangkit dahulu kepada i’tidal, kemudian baru nak angkat tangan.



Guru yang solatnya bersanad itu kita boleh perhatikan sendiri solat meraka amatlah tertib, mereka menjaga kesempurnaan sekalian rukun dan sunatnya. Yang ini hanyalah sebahagian daripada mereka:

-Habib Noh (Singapura)
-Tuan Hussain Kedah
-Tuan Guru Dato’ Haji Ghazali Arshad (Bagan Datoh)
-Ustaz Ibrahim Libya
-Ustaz Abu Bakar Al-Baqir
-Ustaz Syed Ahmad Muhammad Semait (Singapura)
-Ustaz Son Aji (Singapura)
-Habib Abdillah Al-Jufri
-Habib Abdullah Al-Hadad (Johor)
-Syeikh Abdul Syukor (Singapura)
-Syeikh Toha Suhaimi

sekalipun mereka daripada latar belakang pendidikan yang berbeza, tapi tatacara solat mereka daripada mula solat hinggalah selesai semuanya sama kerana sanad ilmu solatnya terhubung  sampai kepada Nabi (صلی الله علیه وسلم).

Semoga kita diberi hidayah untuk solat sebagaimana Nabi (صلی الله علیه وسلم) menunaikan solat.